APA HUBUNGAN ONN DAN NAJIB? APA KAITAN PRN JOHOR DAN PENGAMPUNAN NAJIB?

 

Ahmad Mursi





Untuk memahami kenapa isu pembebasan Najib Tun Razak begitu kuat dikaitkan dengan Johor, kita perlu melihat hubungan keluarga dan perkembangan politik semasa.
Onn Hafiz mempunyai pertalian darah dengan Najib melalui keluarga Mohamed Noah.
Onn Hafiz ialah anak saudara Hishammuddin Hussein, manakala Hishammuddin pula sepupu pertama Najib Tun Razak kerana ibu mereka berdua adik beradik.
Itu menjelaskan mengapa isu Najib tidak boleh dilihat sebagai isu yang jauh daripada lingkungan kepimpinan tertentu di Johor.
Pada April lalu, Najib menarik balik rayuan berkaitan tahanan rumah itu, dikatakan satu langkah awal memulakan proses pengampunan baru.
Anak Najib, Nazifuddin kata, kemenangan besar BN di Johor boleh dianggap sebagai isyarat bahawa rakyat masih menyokong pengampunan kepada bapanya.
Kenyataan itu menjadikan PRN Johor bukan sekadar pertandingan memilih kerajaan negeri, tetapi berpotensi dibaca sebagai tekanan politik untuk mempercepat naratif pembebasan Najib.
Oleh itu, apabila proses pengampunan Najib berjalan kelak, rakyat dilihat bersama Najib.




No comments: