Aku telah menonton video terbaru MB Kedah menjawab isu LRA Sungai Limau, ada member share dalam grup tadi.
Dan seperti biasa, MB Kedah tidak berasa bersalah walaupun LRA Sungai Limau tu sudah terbengkalai sepenuhnya.
Dan seperti biasa juga, MB Kedah maki orang lain, menyalahkan orang lain kecuali dirinya sahaja.
1) Yang pertama, MB Kedah maki dan sindir Menteri Ekonomi, YB Akmal Nasir.
Dia maki kata Menteri Ekonomi ni dulu budak Rafizi, pastu khianat Rafizi pergi kat PMX dapat jadi menteri.
Dan ayat yang paling licik digunakan oleh MB Kedah ialah, "Dia (Menteri Ekonomi) pun tahu apa masalah LRA tu", memberi naratif fitnah kepada Menteri Ekonomi sseolah-olah sengaja mencipta persepsi memburukkan diri dia.
2) Yang kedua, MB Kedah salahkan sistem atau jawatankuasa tender yang pilih kontraktor (Widad). MB Kedah kata bukan kerajaan yang lantik.
Kalau baca tajuk berita Bursa pun, "Widad dapat kontrak RM89.8 juta daripada KERAJAAN KEDAH", takde sebut pun dapat kontrak daripada sistem.
Asal bukak mulut je muhong.
3) Pastu dia salah Covid, naik harga sebab Covid. Hari tu asrama UniSHAMS tak siap-siap dia salahkan harga diesel naik walhal sangkut sejak tahun lepas.
Sedangkan, tender LRA Sungai Limau dibuat di zaman Covid, bukan dibuat sebelum zaman Covid.
Asal bukak mulut je muhong.
4) Pastu dia pusing cerita pasal projek negeri lain pun ada EOT. Ada 10 kali EOT sebab VOP.
Wahai MB Kedah, projek negeri lain ada 10 EOT pun, masih tetap berjalan. ni LRA Sungai Limau di bawah negeri hang ni terbengkalai terus pasai apa?
Asal bukak mulut je muhong.
5) Dan terakhir sekali, aku tunggu jugak dia sebut tapi sampai ke sudah MB Kedah tak berani sebut, iaitu JANJI yang MB Kedah sebut nak siapkan LRA Sungai Limau.
Kali pertama MB janji nak siapkan pada tahun 2023.
Kali kedua MB janji nak siapkan pada Januari 2025.
Kenapa MB tak sebut 2 janji MB ni?
sebab MB kuat muhong la.
Semua salah orang lain.
Takde satu pun salah MB.
Kesimpulan.
LRA Sungai Limau sudah pun terbengkalai.
Projek bermula pada tahun 2021.
Sepatutnya siap pada tahun 2023.
Diberi EOT berkali-kali dan terbengkali terus bermula Julai 2025.
Dan arkhinya Madani ambil alih pada tahun 2026.
Itu faktanya.
Fakta kegagalan MB Kedah tunaikan janji nak siapkan LRA Sungai Limau.
Jadi sekarang ni, adalah lebih baik MB Kedah turun letak jawatan sahaja lah.
Rakyat Kedah sendiri pun dah makin benci dengan MB.
Penyokong MB sendiri di Kg Kupang pun dah start maki MB hari-hari sebab MB taknak bantu depa yang dihalau oleh kerajaan MB sendiri.
Lebih baiK MB Kedah turun, letak jawatan, bagi je kat Adun Bersatu jadi MB Kedah.
Elok la sket Bersatu jadi MB kedah.
Tengok Perlis, lepas Bersatu jadi MB jauh lebih baik daripada PAs jadi MB.
Asal bukak mulut je muhong.
🙂
Credit : Aman Muhammad




No comments:
Post a Comment