KELMARIN, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun pertemuan itu langsung tidak menyentuh soal penternakan babi di Selangor.
Sebagai Menteri Komunikasi, Fahmi menghadap Sultan Selangor bagi menyembah maklum berhubung isu akaun palsu media sosial menggunakan nama baginda. Beliau menyembah maklum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terpaksa menurunkan banyak akaun palsu menggunakan nama baginda.
Sebaliknya tiada sebarang isu berbangkit dalam pertemuan berkenaan yang sudah diatur sejak beberapa minggu lalu, cuma kebetulan ia berlangsung ketika isu penternakan babi muncul.
Belalang fikir kita jangan cepat melenting dan buat andaian bukan-bukan dalam hal ini. Lagi pun, isu penternakan babi ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, membabitkan soal tanah dan lesen pengusaha serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Akan tetapi, timbul fitnah di media sosial tuduh Fahmi menghadap Sultan Selangor kerana isu penternakan babi. Fahmi pula bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung pendirian Kabinet dan mengumumkannya kepada awam sebagai jurucakap kerajaan.

No comments:
Post a Comment