PMX DI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

 







Pagi tadi saya ke Jalan Ampang untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Malaysian Chinese Association. Sambutan meriah ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keterangkuman yang diraikan bersama rakyat pelbagai kaum.


Suasana penuh mesra dengan semangat kekeluargaan ini meyakinkan kita bahawa kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan menghormati perbezaan, dan menjadikannya ruang untuk memperkukuh kefahaman antara satu sama lain.


Tahun Kuda membawa makna tenaga, ketangkasan dan kekuatan untuk terus mara ke hadapan. Semangat ini wajar menjadi dorongan untuk kita bekerja lebih gigih, berani melakukan pembaharuan dan melangkah dengan keyakinan.


Mudah-mudahan tahun ini membawa prestasi yang lebih baik, pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh serta kesejahteraan dan kemakmuran yang lebih adil dan menyeluruh buat seluruh rakyat Malaysia.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI 

#CNY2026




No comments: