Nazri Hamdan
SPRM dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap satu perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion yang melibatkan sebuah syarikat asing, susulan dakwaan bahawa urus niaga tersebut dimeterai secara tergesa-gesa dan tidak seimbang.
Siasatan ini dibuka selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengemukakan aduan rasmi serta dokumen sokongan, dengan kebimbangan utama tertumpu kepada implikasi kewangan besar terhadap kerajaan sekiranya perjanjian itu didapati bermasalah dari sudut tadbir urus dan pematuhan prosedur.
Perkara yang menjadi tumpuan ialah dakwaan bahawa cadangan perjanjian berkenaan mungkin tidak mendapat kelulusan sewajarnya daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, namun tetap dimuktamadkan.
Setakat ini, SPRM telah memperoleh beberapa dokumen berkaitan daripada Kementerian Ekonomi dan dijangka memanggil saksi-saksi utama, termasuk pegawai kanan kementerian, bagi membantu siasatan.
Walaupun pihak SPRM mengesahkan siasatan sedang berjalan, mereka masih enggan mengulas lanjut.

No comments:
Post a Comment