PATUT ORANG DOK MARAH.

 


Habis kami bagitau kat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab yang datang ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bantu selesaikan masalah disini. 






Saya dah bagitau team ALP HPM, zaman saya jadi Pengerusi, saya nak tinggalkan bekas dan selesaikan masalah utama disini. Drpd saya kecil hingga dah tua, benda sama sahaja, kalini kita jalan teruslah, jika nak baiki, kita baiki zaman Kerajaan Perpaduan dan kita buktikan pasukan kita terbaik!


Kami maklum kepada Menteri Kesihatan, Dato Dr Dr Dzulkefly Ahmad tentang keperluan dan keutamaan HPM buat situasi sekarang. Beliau terus hantar Ketua Pengarah Kesihatan datang lawat. Mmg hebat!


Pasir Mas adalah daerah ke 2 paling ramai penduduk di Kelantan selepas Kota Bharu dengan umur HPM sudah lebih 41 tahun. Boleh dikatakan hampir semua infra dengan bangunan, peralatan, kemudahan semua sudah uzur, kecuali yang baru ditambahbaik. 


Kami ALP HPM dan pengurusan jemput beliau datang untuk lihat sendiri dan bantu HPM bagi dapat gambaran sebenar masalah yang kami hadapi sekarang;


I. Perlu tambahan kakitangan

Ii. Perlu tambahan bangunan untuk wad medical 

Iii. Perlu bangunan baru atau upgrade Wad Kecemasan HPM

Iv. Baiki dan tambahbaik keseluruhan bangunan dan peralatan

v. Bina segera bangunan baru HPM yang telah diluluskan RMK12.


Terima kasih PMX Anwar Ibrahim, Dato Dr Dzul, Datuk Dr Mahathar kerana inisiatif dana Hospital Daif/Luar Bandar sekurang kurangnya dapat membantu menaiktaraf kemudahan di HPM dan semua Hospital seluruh Malaysia.


Terima kasih Dato Dr Azman Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Laili Pengarah Hospital Pasir Mas, Pegawai Kesihatan Daerah Dr Najihah Mafuzah dan semua terlibat tadi.


Saya tak dapat turut serta, w/pun mmg dah plan awal-awal, kerana ada urusan di Putrajaya jadi wakilkan Su ALP Ir Mohd Sabri Mat Deris, En Safwan dan Ridhzuan Nuar untuk wakilkan saya sampaikan apa yang telah kami bincangkan dalam mesyuarat ALP bulan 1 lalu direct kepada KP.


InsyaAllah kita akan sedaya upaya baiki habis kelemahan, kemudahan dan kesulitan Pelawat di HPM, untuk pastikan servis lagi baik seiring dgn penyelesaian masalah kami hadapi, jika tak selesai tu tak boleh nak pecut laju. Doakan kami berjaya 🤲🏻


Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz oghe Klate, kini jadi KPPA Jabatan Perkhidmatan Awam sekarang, tapi sayang lah dah nak pencen dah tahun ni, minta tolong adjust luluskan penjawatan tambahan ke HPM ya. Terima kasih


Syam Ghaz

Pengerusi ALP 

Hospital Pasir Mas, Kelantan.




No comments: