Iswardy Morni
PANAS!!
Ada Ketua cabang dah panas bila saya kata KC dpt duit cash Dari parti sebab ada mereka dah kantoi. Rupanya Selama ni ada yang tak declare dengan ahli Dan ajk mereka dapat duit. Rilek la. Jangan la stress sampai BOTAK 🫢. Kalau dah declare dgn ahli Dan jujur, nak takut apa?
Dia isu dia bukan KC dapat duit. Itu tak jadi masalah pun KC dapat duit Dari Parti sebagai Dana parti. Semua parti akan salur Dana dengan bahagian mereka.
Yang masalahnya, kenapa bagi Cash Dan tidak melalui akaun parti ke akaun KC? Apa yang Cuba disembunyikan?
And ada orang kata saya 3 tahun jadi KC? Itulah. Lain Kali cek. Tapi yelah, kami ni cabang ceruk mana orang nak cek.
Utk makluman, Saya jadi KC setahun je. Tu pun lepas tu letak Jawatan sebelum pemilihan 2025 bermula. Jadi sempat la dapat duit sikit yang saya declare dalam Mesyuarat Agong Tahunan Cabang setiap sen yang dapat.
Tak taula kalau ada KC lain tak declare sampai kena cukur kepala BOTAK 🤣🤣
Ps: saya lupa cakap. Bukan KC je dapat cash ketua wanita Dan ketua AMK pun dapat tawww. Jeng jeng jeng
PS2: saya dah kira. Secara purata zaman saya jadi KC, Parti belanja dlm 8-10 juta utk bagi KC, ketua wanita Dan ketua AMK. TAK termasuk belanja operasi dll. Menarik nak tengok audited akaun PKR 2024-2025
No comments:
Post a Comment