𝗣𝗔𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗞𝗘𝗔𝗛𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜 𝗣𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔


Ahmad Mursi


1.  Hj Hadi dakwa (7/2/26): PAS sahaja berani kata perjuangan PAS ada pahala, cubalah tanya parti lain, mereka tak berani sebut begitu.


2.  Maknanya: hanya PAS yakin perjuangannya berpahala, seolah-olah pihak lain tidak. 


3.  Ulama salaf terkenal dengan sikap wara‘: mereka tidak mudah mendakwa amal sendiri berpahala, apatah lagi menafikan pahala orang lain, kerana takut riya’ dan takabbur.


4.  Para Ulama jelaskan, antara ciri pemikiran Khawarij ialah cenderung mengaitkan kebenaran agama secara eksklusif dengan kelompok sendiri serta meletakkan pihak lain dalam posisi salah atau syubhah.


5.  Pahala tidak ditentukan oleh parti atau pertubuhan mana seseorang sertai, tetapi oleh iman, niat dan amal seseorang.


6.  Jika seseorang bersama UMNO, AMANAH, PKR, DAP atau tidak berparti lalu berkhidmat memberi manfaat kepada umat, membina sekolah, universiti Islam, sistem halal, institusi kewangan Islam, Tabung Haji, atau membangunkan ekonomi umat — adakah semua itu tiada pahala hanya kerana bukan bersama PAS?


7.  Jika seorang berpolitik di negara Barat dengan niat membantu umat dan tegakkan keadilan, adakah tiada pahala untuknya hanya kerana tiada PAS di sana?


8.  Jika seorang guru ikhlas mendidik pelajar tetapi tidak berparti atau menolak PAS, adakah amalnya jadi sia-sia?


9.  Sebaliknya, jika seseorang aktif dalam PAS tetapi melakukan fitnah atau qazaf, tidakkah dosa itu boleh menjadikannya muflis di akhirat apabila pahalanya dipindahkan kepada mangsa?


10.  Prinsip Ahl al-Sunnah jelas dan berbeza dengan fikrah Khawarij: pahala bukan monopoli mana-mana parti atau mazhab atau kumpulan. Ia milik Allah yang diberikan berdasarkan iman, keikhlasan dan amal.


11.  “Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sekecil zarah, dia pasti akan melihat (balasannya)." — Surah az-Zalzalah ayat 7

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ


12.  Inilah keadilan Allah yang mutlak — setiap kebaikan walaupun sebesar atom dinilai, tanpa bergantung kepada keahlian parti.


13.  Kesimpulannya, ketaksuban parti secara melampau tidak menguatkan iman, ia hanya melemahkan akal dan membuka pintu kesesatan.


Ahmad Mursi 


• Ucapan Hj Hadi dibuat di Majlis Makan Malam Perdana PAS Johor pada 7/2/26




No comments: