APA PUN DIA KERJA CARI MAKAN LAH GAMAKNYA.


Ahmad Mursi



 ISU 'PLANTA': PARPUKARI DAH MINTA MAAF, WALAUN BILA PULA?


1. Parpukari akhirnya mengaku cerita “Planta” dalam penjara itu hanyalah rekaan dan dia meminta maaf.


2. Saya terfikir — bagaimana pula dengan pengikut PAS yang selama ini mengulang label itu?


3. Ikut hukum, qazaf boleh berlaku sama ada secara sorohah (lafaz jelas) atau kinayah (sindiran). 


4. Tak sebut secara terang, tapi cukup dengan istilah 'planta' yang difahami umum sebagai tuduhan liwat kepada seseorang.


5. Perlakuan dosa qazaf telah dipermudahkan, begitulah juga banyak label lain dicipta pembangkang.


6. Ada yang berhujah: “Ada keputusan mahkamah, jadi tak salah sebut.” Itu hujah yang tidak tepat.


7. Cerita “planta” ni tuduhan baharu tanpa empat saksi. Maka ia tetap qazaf bila difahami sebagai tuduhan perlakuan liwat.


8. Qazaf bukan sekadar dosa peribadi. Ia adalah jenayah syarak yang berat. Pelakunya disebat, dianggap fasiq, kesaksiannya tertolak, dilaknat di dunia dan akhirat.


9. Taubatnya pula tak cukup antara dia dan Tuhan sahaja. Mesti tarik balik tuduhan secara terbuka, mohon maaf kepada mangsa, pulihkan reputasi mangsa, dan jika dibawa ke mahkamah, mesti terima prosesnya.


10. Dosa melibatkan manusia bukan hal kecil. Hutang maruah jauh lebih berat daripada hutang harta. Selagi tidak diselesaikan, boleh menghimpit hingga ke akhirat.


11. Nak main politik, fokuslah pada dasar, prestasi, janji pilihan raya, dan kepentingan rakyat — bukan menyerang maruah peribadi.


12. Haji Hadi baru mengemukakan soalan isu peribadi dalam Parlimen. Hati-hatilah dengan pemimpin yang boleh membawa kita tersesat dalam keadaan kita rasa kononnya semakin dekat dengan agama.


13. Begitulah ilusi yang pernah menimpa sebahagian pengikut Khawarij dahulu — sangka mereka paling benar, sedangkan hakikatnya sedang jauh dari kebenaran.


Ahmad Mursi




No comments: