APA BENTUK KERJASAMA POLITIK YANG RELEVAN MENJELANG PRU 16?










Persaingan antara PH, BN dan PN dalam merebut tampok pemerintahan negara menjelang PRU 16 semakin sukar dibaca. Gabungan apakah selepas ini yang bakal muncul? 


PH nampaknya masih stabil walaupun ada sedikit kucah dalam PKR. Pertembungan Rafizi vs Anwar @ PMX dijangka tidak menjejaskan populariti PH di kalangan pengundi. DAP dan Amanah masih menjadi "batu tuku" yang kuat kepada PH selain dari PKR sendiri. 


Sikap MCA dan MIC dalam BN sedikit meresahkan penyokong BN, apa akan jadi kepada BN sekiranya MCA dan MIC membuat keputusan meninggalkan BN? 


UMNO sendiri sebagai tunggak kepada BN tidak mampu mempertahankan entiti BN tanpa parti parti komponen lain yang bergabung bersamanya. 


Bagaimana jika BN dianggap terbubar apabila hanya UMNO menjadi parti tunggal dalam BN? 


PN usah bicara, kini hanya menunggu untuk ditalkinkan atau pun kalau pun tidak mati, ianya mungkin hilang upaya kekal, sukar untuk bangun dari lumpuhnya.


Ada suatu yang bukan mustahil dalam politik walaupun tidak mungkin berlaku di segi akalnya.... 


Pas telah biasa bersama Dap dan PKR dalam PR menentang UMNO dan BN. bahkan pernah bersama Dap dan PKR membentuk kerajaan di beberapa negeri, bukan mustahil Pas sekali lagi akan bersama Dap dan PKR dalam PH menentang UMNO @ BN dalam PRU 16 nanti. 


Jika ini berlaku, bagaimana dengan Amanah? 


Perlu diingat ketika Pas membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama S46 tahun 1990, Berjasa dan Hamim, dua parti serpihan Pas telah diterima oleh Pas untuk duduk bersama dalam APU demi menentang UMNO BN, janji boleh menang!!!!! 


Apa pun gabungan paling relevan ialah mengekalkan takdir Allah yang telah memberi kekuasaan secara bersama kepada PH, BN, GPS dan GRS selepas pengundi tidak memberi mandat kepada mana mana parti untuk jadi kerajaan dalam PRU 15/2022.



No comments: