TAK KAN ITU KOT...

 


150 orang je yang hadir?






Mungkin lebih kot. Mungkin media sengaja kurangkan jumlahnya. Lagipun 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 pun dah beri komitmen untuk sokong. Rasanya mungkin lebih dari 150 tu.


Tapi tak kisahlah berapa ramai yang hadir. Yang aku  cuma nak tekankan apa yang aku tulis tak lama dulu. Hari ni rakyat dah tak minat nak berdemonstrasi.


Bukan sebab penganjur. Tapi lebih kepada rakyat rasa 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮. Rakyat tak rasa tertekan macam masa zaman Mahathir dan Najib dulu.


Bukan zaman Madani je. Masa arwah Pak Lah jadi PM pun, demonstrasi tak sehebat zaman Mahathir. Sebab rakyat masa tu rasa 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺.


Cuma di zaman Najib yang demonstrasi menjadi-jadi sebab pada masa tu rakyat terhimpit dengan 𝗚𝗦𝗧 dan kenaikan harga barang keperluan yang didorong oleh 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 harga bahan bakar kenderaan.


Jadi jumlah kehadiran dalam demonstrasi semalam rendah bukanlah sebab kegagalan penganjur. Tetapi kerana kejayaan kerajaan selesakan hidup rakyat.


Bukannya rakyat tak mahu cakna isu Azam Baki. Tapi kebanyakan rakyat berasa ia lebih kepada 𝗶𝘀𝘂 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 dan 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 semata-mata.


Nampak rakyat Malaysia ada cara pemikiran sendiri. Sekiranya isu tu bukan isu yang membebankan poket rakyat, mereka bising pun bukan sampai tahap turun berdemo.


Tapi jika kerajaan sakau, kemudian cukai berlambak yang sebabkan rakyat hidup menderita, baru mereka akan beramai-ramai turun ke jalanraya.


Lagi pun sekarang ni polis berhemah. Takde dah nak sembur air gatal, gas pemedih mata dan sebagainya. Dah kurang thrill. Tu yang orang tak minat kot. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




No comments: