REKOD BURUK SEBAGAI RAKAN SEPERJUANGAN





"Suka saya ingatkan sejarah politik negara menunjukkan PAS sering menjadi punca ketegangan dan perpecahan dalam gabungan yang mereka sertai" - Exco Pemuda Amanah Fadhli Umar Aminolhuda


Betul.


Sejarah tetap sejarah, dan penelahan Fadhli adalah tepat.


Pada saya, sejarah juga menunjukkan PAS lebih didorong keinginan mendapatkan kuasa dan kedudukan berbanding keperluan mengutamakan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.


PAS akan tukar kuda tengah jalan jika kuda yang ditunggangnya pada satu-satu masa tidak lagi berpotensi menjamin kuasa dan kedudukan dalam masa terdekat.


Suka tak suka, itulah persepsinya, dan rekod PAS yang lampau dan juga terkini (bersama PN) seolah-olah menyokong persepsi ini. 


RJ Rithaudeen






No comments: