PAS PERLU BERHENTI TIPU DIRI SENDIRI - ANDA PARTI POLITIK BERTERASKAN KONSEP DEMOKRASI ALA BARAT (Baca sampai habis, baru komen)
Hampir 6 tahun lalu, sebulan selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, saya pernah menulis (ulasan lanjut di bawah):
Tahu tak saudara saudari sekalian,
Sistem politik berparti bukanlah sistem yang berunsurkan Islamik dan lebih cenderung ke arah dogma ciptaan Barat. Dogma ini pula berteraskan sistem demokrasi Rom yang beransur-ansur menerapkan fahaman kristian yang bersifat pro-evangelis ke dalam ideologi-ideologi lazim.
Dalam sistem ini, lazimnya, niat ketua satu-satu parti politik bukanlah untuk cuba bermuzakarah ke arah perpaduan secara menyeluruh tetapi untuk meyakinkan rakyat bahawa ideologi yang digunapakai oleh partinya sahih dan ideologi parti lawan palsu.
Tidak ada istilah perjuangan ke arah penyatuan dalam ertikata sebenar menerusi sistem ini, kerana sistem jni secara dasarnya menggalakkan perpecahan dan ketidaksefahaman ideologi atas alasan “perlunya pengundi diberi pilihan.” Maka amat sukarlah bagi mana-mana parti politik bertolak ansur dengan parti lawan biarpun parti-parti berkenaan bertunjangkan kepimpinan Islam.
Inilah keburukkan sistem berparti, dan amat pelik jika mereka yang perjuangkan perpaduan dan penyatuan terus mempertahankan sistem ini. Ya, amat pelik jika tiada usaha oleh mana-mana pemimpin untuk beralih secara beransur-ansur ke sistem tanpa parti atau satu parti bagi mewakili ummah jika pemimpin berkenaan beragama Islam.
Tetapi sayang sekali, usaha ini tidak akan ada buat masa kini, kerana majoriti pemimpin yang ada, biarpun sedar akan hakikat ini, lebih didorang oleh penyakit yang terus subur menerusi sistem ‘perpecahan’ ini, iaitu penyakit Wang, Kuasa dan Kedudukan.
Alangkah ajaibnya, bahawa penyakit ciptaan manusia ini mampu memilih mangsa berdasarkan fahaman ideologi, sedangkan penyakit yang menular atas ketentuan Allah seperti pandemik yang melanda tidak berpihak kepada sesiapa ataupun mana-mana fahaman politik.
Wallahu A'lam
------------------
Komplot Muhyiddin bersama PAS untuk tumbangkan kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir mendorong saya untuk menulis pendapat ini.
Hari ini, menerusi perpecahan PAS-Bersatu, anda boleh lihat kebenaran dalam kata-kata saya.
Jangan tipu ummah dengan menjaja "penyatuan Melayu-Islam."
Sebaliknya, pilih - adakah anda berpegang kepada politik kepartian yang berteraskan dogma ciptaan Barat, atau adakah anda berpegang kepada perjuangan penyatuan ummah yang memerlukan keruntuhan sistem kepartian.
Nampaknya PAS berpegang kepada politik kepartian yang berteraskan dogma ciptaan Barat, dan buktinya;
1. PAS sedang mempertimbangkan untuk putus hubungan dengan Bersatu,
2. PAS menuntut kuasa dan kedudukan dalam gabungan yang diduduki bersama Bersatu, daripada memikirkan cara untuk menggabungkan kedua-dua-parti itu, yang prinsip asas perjuangannya sama, dan
3. PAS tidak rela berbincang dengan parti-parti lawan berteraskan Melayu atau Islam seperti PKR dan Amanah ke aray penyatuan ummah
Ya, bukan hanya PAS perlu berhenti tipu ummah berkenaan misinya untuk perjuang "penyatuan Melayu-Islam," PAS perlu berhenti tipu diri sendiri.
You are a political party that hinges on western democratic principles, and that's the truth, the whole truth and nothing but the truth.
RJ Rithaudeen
Baca: https://www.facebook.com/share/p/1DP9eFusxM/
No comments:
Post a Comment