MN AKAN DITOLAK UMNO. PAS TU NAK TUMPANG KEPIMPINAN ORANG LAIN. HADI AWANG TAK MAMPU UNTUK JADI PM.

 



MN MEMANG AKAN DITOLAK PUN OLEH KEPIMPINAN UTAMA UMNO


Tapi persoalannya, adakah kem Muhyiddin begitu takut dengan MN sampai 3 ahli kem itu letak jawatan?

Adakah ini sebabnya PAS khianat Umno selepas Langkah Sheraton, sehingga mendaftarkan PN secara 'senyap' bersama Muhyiddin tanpa Umno?

Adakah Muhyiddin yang mendesak pendaftaran ini tanpa penglibatan Zahid dalam perbincangan?

Ada lagi beberapa persoalan yang timbul:

1. Adakah Muhyiddin menolak terus sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO di bawah Zahid?

2. Jika poin no 1 benar, adakah Umno antara sebab Muhyiddin menolak Titah cadangan Al-Sultan Abdullah agar PN masuk kerajaan perpaduan?

3. Adakah Hamzah Zainudin turut akan letak jawatan dalam PN?

4. Jika tidak, adakah Hamzah akan dilihat sebagai 'pengkhianat' oleh kem Muhyiddin?

5. Adakah 'langkah' terkini kem Muhyiddin berkait dengan ura-ura 'Langkah Sawadikap' yang disebut dalam satu terbitan My Sinchew baru-baru ini, di mana beberapa 'heavyweight' dari kem-kem lawan dikatakan berada di Thailand pada masa yang sama?

6. Adakah 'heavyweight' ini bertemu untuk membincangkan kemungkinan menghidupkan semula MN, di mana PAS dan Umno bekerjasama dengan atau tanpa Muhyiddin?

RJ Rithaudeen

Baca: https://www.facebook.com/share/p/17rMsGCLzL/




No comments: