LETAK JAWATAN MENTERI SEBAB AKAR UMBI, SISTEM PKR 'MEMANGSAKAN ORANG BAWAH
SHAH ALAM, 2 Jan - Dato’ Seri Rafizi Ramli menjelaskan keputusannya meninggalkan jawatan Menteri Ekonomi adalah berpunca daripada kekecewaan terhadap budaya kepimpinan parti.
“Saya letak jawatan sebab akar umbi. Kalau saya kekal Timbalan Presiden tanpa bertanding, kekal menteri, sedangkan soalan yang saya tanya tak pernah dijawab.
“Saya dah cuba lawan dari dalam. Tanya, tekan, sampai kena marah pun jawapan tetap tak ada,” katanya.
Dalam audio siar Yang Bakar Menteri, bekas timbalan presiden PKR itu berkata beliau tidak sanggup terus berada dalam sistem yang gagal memberi jawapan kepada persoalan dalaman walaupun telah dibangkitkan berulang kali.
Rafizi turut berkata usaha untuk memperjuangkan perubahan dari dalam parti tidak berhasil, sekali gus mendorong beliau memilih untuk berundur.
Beliau turut mengaitkan kekalahannya dalam pemilihan parti sebagai isyarat bahawa beliau tidak lagi mempunyai sokongan mencukupi untuk meneruskan agenda reformasi dalam kerajaan.
“Saya ingat pelan awalnya begini, saya kekal jadi timbalan presiden tanpa dicabar dan kekal menteri tapi tidak boleh bersuara. Penguasaan sepenuhnya dan susun struktur supaya akar umbi tak boleh bersuara,” katanya.
Credit : #BeritaKS
Rafizi Ramli #HIRUK #malaysia #media #followerseveryonehighlights #fypreelsシ゚viralシ #fyppage #sarawak #sabah

No comments:
Post a Comment