
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau, Jasin pada 19 Oktober 2025. Foto Abdul Razak Abdul Rahman
JASIN, 19 Okt – Setelah sekian lama kartel bermaharajalela menerima manfaat tidak sepatutnya, akhirnya kerajaan membuat keputusan menyalurkan semula RM1 bilion subsidi ayam yang ditamatkan sejak 1 November 2023 kepada rakyat.
Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu bertujuan menstruktur semula penyaluran bantuan supaya ia sampai kepada rakyat yang benar-benar layak.
“Kita tarik balik ‘price support’ kerana subsidi murah ayam banyak dimanfaatkan kartel dan syarikat besar.

“Wang itu akan disalurkan semula kepada rakyat susah melalui dasar kebajikan yang lebih bersasar,” jelasnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.
Langkah penjimatan itu bukan sahaja menjimatkan wang rakyat tetapi nilai berkenaan dipulangkan semula dalam bentuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dinikmati hari ini.

Dalam ucapannya juga, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada penjawat awam dan anggota penguat kuasa atas komitmen yang diberikan dalam memastikan nilai keberhasilan dasar kerajaan dapat dioptimumkan dengan lebih cekap dan telus.
No comments:
Post a Comment