Nazri Hamdan
KWSP baru umum pendapatan pelaburan suku kedua 2025 melonjak 22% ke RM20.61 bilion berbanding RM16.91 bilion tahun lepas.
Kenaikan ni banyak disumbang oleh saham yang naik 35% kepada RM13.77 bilion, manakala instrumen pendapatan tetap macam sekuriti kerajaan dan bon bagi RM6.73 bilion.
Tapi ada juga segmen rugi iaitu instrumen pasaran wang yang didenominasikan dalam mata wang asing rugi RM180 juta sebab ringgit mengukuh lawan USD. Secara keseluruhan, separuh pertama 2025 KWSP kumpul RM38.92 bilion pendapatan pelaburan, naik 3% dari tahun lepas.
Jumlah aset pelaburan KWSP setakat Jun 2025 dah cecah RM1.31 trilion, naik 8% tahun ke tahun. Pelaburan luar negara buat 39% daripada jumlah aset, banyak dibantu penilaian semula positif pasaran saham global.
Untuk agihan, RM17.39 bilion masuk ke simpanan konvensional dan RM3.22 bilion ke simpanan patuh syariah. CEO Ahmad Zulqarnain kata strategi fokus kepada aset berkualiti tinggi, sektor domestik penting, disiplin pengagihan aset dan pendekatan ESG membantu KWSP ambil peluang walaupun keadaan global tak menentu.
Menariknya, KWSP juga bakal luaskan liputan kepada pekerja asing bukan warganegara bermula gaji Oktober 2025, serta perkenalkan pelan penstrukturan akaun simpanan persaraan secara opt-in.
Dalam 1H2025, KWSP daftar 286,194 ahli baru, bawa jumlah keseluruhan ke 16.4 juta ahli, dengan 8.98 juta daripadanya ahli aktif.
No comments:
Post a Comment