KO BENGGONG JA.

 

Zainuddin Omar


Difahamkan daripada rakan-rakan FB, beliau ialah staf JKR.





Sebagai seorang mantan jurutera JKR yang sudah 10 tahun meninggalkan perkhidmatan, saya juga ada pandangan sendiri terhadap pemimpin negara semasa saya masih bertugas dahulu.


Terus terang, ada pemimpin yang memang saya tidak berkenan di hati. 


Namun, sebagai penjawat awam, saya terikat dengan Perintah Am. Itu undang-undang kerja kita.


Sebab itu, hanya selepas bersara daripada kerajaan barulah saya mula menulis pendapat atau kritikan di media massa.


Prinsip saya mudah: 


BEKERJA DENGAN GOVERNMENT OF THE DAY


Semua polisi kerajaan yang diarahkan akan saya laksanakan asalkan tidak melanggar prinsip keadilan sejagat.


Di sinilah ramai penjawat awam keliru. 


Anda boleh jadi walaun, walanon, walajib atau walatok, tetapi dalam kerja rasmi, tetap kena berkhidmat kepada government of the day.


Kalau tidak setuju dengan pemimpin, bukan sabotaj projek, bukan pilih kasih layanan. Bukan kritik terbuka di socmed.  


Kalau tidak setuju dengan mana-mana pemimpin, ada caranya - nyatakan di peti undi.


Setel.



No comments: