TERKINI DARI RAFIZI

 


Ada yang cadang saya berehat sebentar, tapi hidup dan tanggungjawab mesti diteruskan. 




Jumpa saya dalam Podcast YBM malam ini, Jumaat 15 Ogos 2025 bersama dua tetamu, iaitu YB Kak Ogy, Ahli Parlimen Ampang dan Sdr Victor, seorang aktivis pendidikan.


Antara isu yang akan diulas termasuklah kejadian serangan terhadap keluarga saya, ancaman budaya buli dan sebagainya.


Saya bukanlah tidak ada hati perut pentingkan politik dalam keadaan sekarang, tetapi matlamat ugutan terhadap keluarga saya ialah supaya saya putus asa dan duduk diam.


Kalau saya tidak meneruskan rutin dan tanggungjawab seperti biasa, maka tercapailah matlamat mereka itu.


Jadi esok pun saya akan meneruskan Kaunter Bergerak di Pasar Pagi Taman Muda dan berjumpa penduduk Pandan macam biasa.




No comments: