Memang gila betul penangan filem terbaru Rajinikanth, Coolie. Bayangkan, tiket wayang untuk filem arahan Lokesh Kanagaraj ini dah terjual sebanyak Rs 50 crore (kira-kira RM28 juta) untuk tempahan awal di seluruh dunia, padahal ada lebih empat hari lagi sebelum filem ini ditayangkan.
Paling dahsyat sekali datangnya dari pasaran antarabangsa. Jualan tiket di luar negara sahaja dah cecah Rs 36.25 crore, membuktikan aura Thalaivar ini memang sampai ke serata dunia dan memecah rekod baru.
Di India sendiri pun tak kurang hebatnya, orang ramai berebut-rebut beli tiket. Di Tamil Nadu saja dah kutip Rs 7.00 crore dalam masa sehari, diikuti Kerala dengan Rs 4.50 crore dan Karnataka sebanyak Rs 2.00 crore.
Ini belum lagi masuk jualan tiket dari pasaran Telugu dan Hindi yang bakal dibuka tak lama lagi, dijangka kutipan awal boleh cecah sehingga Rs 95 crore. Gabungan mantap antara Rajinikanth dan Lokesh Kanagaraj ini memang menjadi, bak kata orang, Rajinikanth umpama anak panah yang padu, dan Lokesh pula pemanah yang hebat untuk memastikan ia tepat mengenai sasaran.

No comments:
Post a Comment