𝗔𝗧𝗠 𝗨π—₯𝗨𝗦 π—šπ—˜π—‘π—–π—”π—§π—”π—‘ π—¦π—˜π—‘π—π—”π—§π—”: π—žπ—˜π—‘π—”π—£π—” π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—§π—˜π—₯π—Ÿπ—œπ—•π—”π—§?







Bila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengetuai rundingan damai antara Thailand dan Kemboja, ada netizen persoalkan :


πŸ€”“Kenapa kita sibuk jaga hal negara orang?”


πŸ€”“Apa kaitan kita dengan pergaduhan di sempadan negara lain?”


Soalan itu wajar. Tapi mari kita faham apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa Malaysia tidak boleh hanya duduk berdiam diri memerhati dari jauh.


1️⃣ KONFLIK SERANTAU = RISIKO KEPADA MALAYSIA


Jika jiran gaduh, kita takkan selamat.

Contohnya:


πŸ“› Konflik sempadan boleh cetuskan pelarian lari masuk ke Malaysia.

πŸ“› Laluan perdagangan boleh terganggu – harga barang naik.

πŸ“›Pengganas, penyeludup senjata, dadah dan manusia ambil peluang menyorok di sempadan kita.


Kita bukan saja berkongsi sempadan darat dengan Thailand, tapi juga jalur maritim yang sama dengan negara-negara ASEAN. Bila kawasan itu bergolak, ianya akan turut memberi kesan langsung pada keselamatan dan ekonomi kita.


2️⃣ MALAYSIA SEBAGAI PENGANTARA AMAN : PERANAN DIPERCAYAI


Malaysia dihormati kerana berkecuali dan adil.

Bukan kali pertama kita jadi ‘orang tengah’:


πŸ‡²πŸ‡Ύ Rundingan Damai Selatan Thailand. 

πŸ‡²πŸ‡Ύ Misi Keamanan di Filipina Selatan. 

πŸ‡²πŸ‡Ύ Peranan besar dalam ASEAN Political-Security Community. 


Bila Malaysia bersuara, negara jiran dengar. Bila ATM duduk sekali di meja rundingan, ia beri isyarat tegas bahawa kita mahu rantau ini kekal aman.


3️⃣ ATM BUKAN MAHU BERPERANG, TAPI BERDAMAI


Ini bukan misi ketenteraan. ATM tidak hantar detasemen tentera untuk berperang, mereka hantar ketua untuk berunding.


Panglima Angkatan Tentera Malaysia bukan bawa senjata, tapi bawa kepercayaan dan diplomasi.


Malaysia tunjuk teladan bahawa tentera juga boleh menjadi duta keamanan.


4️⃣ MELINDUNGI KEPENTINGAN ASEAN DAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA


Malaysia sebahagian daripada ASEAN. Jika ASEAN gagal urus konflik jiran, kuasa luar berpeluang dan akan masuk campur. Jika perkara ini berlaku, kita akan hilang kawalan ke atas tanah air sendiri.


Menjadi negara aktif dalam keamanan serantau bukan sekadar strategi, malah ianya pelaburan jangka panjang untuk masa depan generasi kita.


5️⃣ JADI, PATUTKAH KITA PEDULI?


Ya! 

Sebab bila rumah jiran terbakar, jangan tunggu rumah sendiri hangus akibat terkena api dari rumah jiran.


Malaysia perlu berada di hadapan:

✅ Untuk lindungi sempadan

✅ Untuk elak kemusnahan merebak

✅ Untuk jaga kestabilan yang susah kita bina selama ini


πŸ‡²πŸ‡Ύ 𝗔𝗧𝗠 π—§π—œπ——π—”π—ž π— π—˜π—₯𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦, π—§π—”π—ž π— π—˜π—‘π—šπ—”π—‘π—–π—”π—  — π—§π—”π—£π—œ π— π—˜π—‘π—¬π—”π—§π—¨π—žπ—”π—‘


ATM bukan sengaja sibuk jaga tepi "kain orang",

tapi ingin memastikan angin ribut tidak merosakkan "bumbung kita" sendiri.


#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara

#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#ATMSentiasaBersepadu

#DutyHonourSacrifice




No comments: