TELEFON: BEZA ANWAR DAN MB PERLIS
Beza benar kualiti kepimpinan antara tokoh bertaraf kampung dengan negarawan bertaraf dunia.
Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, berdiri di kelasnya yang tersendiri. Seorang pemimpin yang diuji, diuji, dan diuji — lalu dibuktikan sejarah bahawa beliau bukan calang-calang.
Lalu datang MB Perlis, Dato Mohd Shukri Ramli, mahu menyindir?
Nak sindir siapa tu, Tuan?
Nak mengurus satu negeri yang tiga kali lebih kecil daripada Parlimen Kuala Krai pun tak cukup bajet, tapi yakin untuk menyindir orang yang sedang urus negara.
Saya pernah bertanding di Kuala Krai — kawasan Parlimen yang saiznya hampir tiga kali ganda Perlis. Wakil Pakatan Harapan. Kami tahu apa yang kami bawa.
Kamu urus Negeri Perlis dah sampai mana dah? Setara mana?
Kalau kami menang negeri dan Parlimen masa itu, berikut adalah perancangan yang kami nak laksanakan. Ini bukan omong kosong. Ini strategi pembangunan negeri dengan roh dan ilmu. Saya kongsi sikit ja;
1. Hutan Simpan Jadi Taman Negeri Eco-Tourism Bertaraf Dunia
Kami nampak potensi luar biasa dalam kawasan hutan simpan Kelantan.
Semua hutan simpan yang ada nilai, kami nak gazet sebagai Taman Negeri, jadikan sebagai pusat eco-tourism antarabangsa.
Bukan ditebang sampai gondol, bukan dijual untuk lombong.
Kami nak naikkan nilai tanah dan hasil melalui pelancongan berasaskan alam.
Pulangan kewangan jauh lebih tinggi daripada hasil balak.
Saya sendiri pernah menang anugerah kebangsaan dalam bidang eco-tourism.
Hutan Simpan Gunung Stong?
Itu hasil kerja Dato’ Husam Musa dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA). Paperwork asal pun saya sempat baca.
2. Tanah Kelantan Untuk Rakyat, Bukan Untuk Tauke
Kawasan hutan yang telah dilicinkan oleh kerajaan PAS sekarang — kami nak buka jadi Tanah Rancangan rakyat, seumpama Felda, Felcra, Kesedar.
Kami nak beri 10 ekar seorang untuk rakyat miskin — siap tapak rumah, air dan elektrik.
Tanam durian Musang King.
Jadi tuan tanah di tanah sendiri.
Miskin tegar dapat di atasi, rakyat takda rumah ada rumah, takda kerja ada kerja.
Tapi apa berlaku sekarang?
Ada syarikat boleh dapat 10,000 ekar terus, dengan pajakan 66 + 33 tahun — 99 tahun?
Beratus ribu ekar telah diluluskan.
Lepas ni anak cucu mereka nak hidup di mana?
3. Tanah Sawit: Tamat Pajakan, Ambil Balik Tanah. GLC Urus dan bangunkan Sendiri
Semua tanah sawit yang tamat pajakan, atau baru nak dibuka, akan diambil balik 100% oleh Kerajaan Negeri.
GLC Negeri urus sendiri.
Bukan bagi kepada kroni atau tauke luar.
Pas makan komisyen RM500 seekar betul ke?
Mudah sangat — soalnya cuma: nak atau tak nak?
Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan tu, apa jadi?
Tanah banyak dapat, hasil sumbangan berapa juta kepada kerajaan negeri?
Jangan tanya soalan, kalau tak sanggup jawab angka.
4. Lombong & Mineral: Urus Sendiri, Bukan Diserah ke Luar
Emas Kelantan sekarang?
Syarikat China korek, bawa ke Singapura.
Kelantan dapat royalti ciput.
Kenapa tak GLC sendiri yang urus?
Teknologi boleh import. Modal boleh usahakan.
Setakat nak jana ratus juta setahun? Saya berani jamin.
Belum lagi kira REE yang dirompak kot pintu belakang sekarang.
Saya tak kisah pun saya kalah haritu. Deposit pun bukan besar mana.
Tapi yang saya risau — nasib negeri saya sendiri.
Tanah negeri makin terhakis, makin banyak yang dah dipajak 99 tahun, sampai ratus ribu ekar.
Anak cucu generasi masa depan macamana?
Kita tak mahu Kelantan jadi macam negeri lain. Saya sayang Negeri saya.
Lalu highway, kiri kanan penuh ladang sawit — semua dah jadi milik syarikat besar dan tauke-tauke.
Rakyat kampung hanya jadi pemerhati. Pekerja ladang.
GLC negeri dulu — anak syarikat PMBK Sawit yang Dato’ Husam tubuhkan, pernah sumbang RM50 juta setahun kepada kerajaan negeri.
Sekarang? Bungkus dan tutup.
Sebab pemimpin yang tak reti urus naik,
pemimpin yang ada wawasan, dijatuhkan.
Lebuhraya Negeri?
Satu idea yang orang tak sangka boleh dibuat oleh kerajaan negeri — tapi Husam dan TGNA pernah rancang dan boleh buat. Saya pernah lihat paperwork tu, sangat brilliant!
Lepas mereka jatuh, kerajaan baru buang syarikat asal, tukar lain.
Akhirnya lebuhraya tu tak jadi sampai sekarang.
Kena minta duit kerajaan pusat pula.
Kalau lebuhraya pun tak mampu urus,
nak harap urus sawit, lombong dan eco-tourism?
NAFAS dulu rugi RM40 juta.
Kami dilantik oleh arwah Dato’ Salahuddin Ayub jadi Penasihat Menteri dan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS
Kami urus, setahun kemudian tunai RM876 juta.
Hutang RM3.1 bilion dikutip semula. Kami jugalah buat forensik audit. Semua fail dalam tangan masa tu.
Berasap.
Kelantan ni kecil saja.
Tapi impian kami, anak muda — besar.
Kami nak jadikan Kelantan seperti Sarawak sekarang.
Naik mencanak.
Kalau boleh, potong Selangor.
Kelantan kecil.
Perlis? Lagi kecil. Macam ciput.
Tapi bila dengar sembang pemimpin PAS…
Nada besar. Tapi bila diberi kuasa, kelam kabut urus negeri. Semua KDNK tercorot dan kadar kemiskinan tertinggi kerana sibuk berpolitik daripada bangunkan Negeri.
Saya tulis ni sekadar catatan kenangan.
Tengok gaya MB Perlis dan YB-YB PAS lain — rasa nak senyum je. Terutamanya Exco yang kita kenal sejak dia belum jadi Exco lagi.
Macam tu juga Dato Seri Sanusi di Kedah, kita kenal dia sebelum dia jadi Setpol arwah Ustaz Azizah lagi.
Dulu lepas tamat universiti, dipanggil balik kerja oleh arwah TGNA.
Sempat kerja 9 tahun bawah dagu mereka, terutamanya Dato’ Husam, Dato’ Saifuddin, Dato’ Salahuddin Ayub.
Syukur. Dapat cedok ilmu. Sikit-sikit pun, cukup untuk tempias.
Al-Fatihah buat arwah TGNA dan Abang Din Ayub.
Terima kasih atas ilmu dan kepercayaan.
Moga kita semua bertemu di syurga. Insya-Allah.
Sekarang kita buat kerja kita saja.
Nak biar puak PAS urus negeri sampai hancur, silakanlah.
Rakyat dah pilih. Maka tanggunglah.
Kita sokong dan bantu PMX julang nama Malaysia lebih maju ke depan.
Syam Ghaz


No comments:
Post a Comment