KUALA LUMPUR – Pakar ekonomi berpendapat, pelarasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dikuatkuasakan awal bulan depan tidak akan memberi kesan negatif yang ketara kepada golongan M40.
Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, majoriti barangan yang akan dikenakan kenaikan kadar cukai adalah barangan yang kebiasaannya dibeli oleh golongan T20.
Pakar ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menjelaskan, kedua-dua golongan B40 dan M40 masih dapat menikmati barangan asas dan tempatan dengan harga yang sama.
Sumber : MalaysiaGazette
Bos Mydin pun nampaknya dah mula bersuara agar buah-buahan rakyat ini jangan dikenakan cukai SST.
Buah-buahan impot seperti oren, epal, pears dan pisang adalah makanan kesihatan yang dinikmati oleh semua lapisan golongan masyarakat termasuk M40 dan B40.
Kalau pun kerajaan nak kenakan SST pada beberapa barangan mewah tu silakanlah tetapi buah-buahan asas seperti oren, epal, pears dan pisang impot tu sepatutnya dikecualikan cukai.
Dengarlah keluhan rakyat, tolonglah jangan pergi dengar nasihat dari pakar ekonomi yang macam ni.😓
#MERZ
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol



No comments:
Post a Comment