KEJAYAAN ANAK SEORANG MAKENIK

 


BERSAMA MENGGAPAI BINTANG: KISAH ANAK MEKANIK KE DUNIA PERUBATAN





Hari ini saya berkesempatan menziarahi seorang anak muda luar biasa, Nur Hartini Hidayah, seorang pelajar cemerlang dari Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan.


Lahir dalam keluarga serba kekurangan di mana ayahnya seorang mekanik bengkel, ibunya pula suri rumah sepenuh masa. 


Hartini membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk bermimpi besar. Dengan keputusan 11A dalam SPM 2024, beliau ditawarkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan turut terpilih ke sesi temuduga Program YTP MARA – A-Level Australia sebagai persediaan ke bidang perubatan.


Namun di sebalik kegemilangan itu, terselit dilema. Meskipun cemerlang di atas kertas, Hartini gusar tentang kekangan kewangan yang mungkin menghalang langkahnya ke menara gading. 


Maka, bagi pihak YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan sumbangan sebagai dorongan dan sokongan buat beliau. Saya juga turut menyumbangkan sebuah komputer riba untuk membantu persediaan Hartini melangkah ke alam universiti.


Alhamdulillah, saya sendiri telah menghubungi Pengerusi MARA, Datuk Wira DR ASYRAF WAJDI DUSUKI berhubung hal ini. Terima kasih buat beliau yang telah menyatakan komitmen untuk meneliti serta membantu merealisasikan impian besar anak Sungai Karang Darat ini. 


Kerajaan MADANI komited agar setiap anak tanpa mengira latar belakang untuk diberi ruang dan peluang untuk berjaya. Kita tidak boleh biarkan masa depan yang gemilang terhenti hanya kerana dia dilahirkan dalam serba kekurangan.


Selamat maju jaya buat Adik Hartini! 


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#KerajaanMADANI



No comments: