MENDOAKAN KESIHATAN HADI AWANG

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa agar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang terus dikurniakan kesihatan yang baik selepas menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.


Menerusi satu hantaran ringkas di platform X, Anwar menitipkan : “Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Hj Hadi, Insya-Allah,” sambil memetik laporan Harian Metro yang memaklumkan bahawa Abdul Hadi kini berada dalam keadaan stabil.



No comments: