TAK PERLU


MSO


 Ahli parlimen kerajaan daripada Dap mencadangkan diwujudkan menteri hal ehwal agama bukan Islam di JPM



Cadangan ini bukan saja tidak bijaksana, tetapi akan mengundang polemik yang boleh menganggu kerajaan Madani dan memberi peluru percuma kepada pembangkang.


Cadangan ini akan ditafsirkan oleh pembangkang  bagai mana orang Cina cuba menuntut lebih banyak hak mereka dalam kerajaan.


Sudah tentu pembangkang akan eksploitasi perkara ini sebagai bukti cacing sudah naik ke mata.


Harap  perdana menteri segera menolak cadangan ini seperti sesegera beliau kata tidak perlu diadakan garisan panduan untuk untuk hadir dimajlis bukan Islam seperti dicadangkan Mentega baru baru ini.


Wakil Dap yang mencadangkan itu seperti sengaja mahu menimbulkan hal ini bagi melihat Melayu bertegang leher sesama sendiri. Kena baca kepintaran dan muslihat senyap Dap dalam politik. Trims.



No comments: