Saya sempat mengahadiri Majlis Makan Malam Beristiadat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2025 pada malam ini bagi meraikan seluruh keluarga SPRM.
Saya tegaskan, SPRM adalah tonggak utama untuk mempertahankan tatakelola, sistem yang mempunyai integriti dan menyelamatkan bangsa dan negara dari keruntuhan berterusan.
Tekad Kerajaan MADANI adalah untuk membina sebuah negara wibawa yang bersih dan ke arah memperkasa SPRM menjadi badan bebas dan berintegriti.
Mesti ditegaskan, perubahan mesti dari pimpinan atas dengan amalan, tindakan dan bukan hanya dengan jaminan kata-kata sahaja.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
No comments:
Post a Comment