Alhamdulillah, saya dan delegasi Malaysia selamat tiba di Kaherah, Mesir bagi memulakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Kunjungan ini akan membuka peluang dan lembaran kepada kami dalam membincangkan kemajuan hubungan Malaysia dan Mesir selain menerokai bentuk kerjasama baharu.
Usaha berterusan juga akan terus dipergiat bagi memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.
Saya juga turut dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar Al-Syarif selain bertemu para pelajar dari Malaysia di lokasi sama.
========