Seorang kawan saya kirim print skrin apa ditulis Nga Kor Ming tentang Datuk Seri Anwar yang bekerja lebih 18 jam sehari.
Kata Kor Ming pegawai sediakan lima program, tetapi PM minta 10.
Bukan saja Kor Ming yang memahami dan tahu akan kerajinan luar biasa bossnya itu, tetapi mereka yang ada mata hati juga tahu akan kerja kuat dan keprihatinan PM ini.
Hanya mereka yang benci dan irihati sahaja tidak nampak akan hal ini dan masih terus mempersenda dan perleceh PM. Mereka tidak tahu langsung menghargai PM.
Disini saya nak kongsi dan bercerita betapa PM sangat sibuk dan tiada masanya untuk meriba tangan apa lagi makan gaji buta, tetapi masih peka dan prihatin.
Sebelah malam semalam beliau baru balik dari China, siangnya mempengerusikan mesyuarat kabinet. Letih belum usai dia sudah bertugas. Petang tadi terbang ke Egipt pula.
Lewat petang semalam beliau balik ke rumah. Masuk sekejap ke dalam rumah dia keluar semula bersama dua cucunya untuk melayan kerenah cucu, tanpa sempat tukar baju.
Baru nak bermain dengan cucu dia ternampak pula kawan saya yang juga dikenalinya muncul dipintu pagar rumahnya. Begitu dilihat kawan itu terus dilambainya dan panggil masuk.
Hajatnya hendak layak cucu terburai terpaksa melayani dan berbicara dengan kawan saya berkenaan.
Menurut kawan saya itu, mulanya dia tak nak masuk kerana tak sampai hati untuk ganggu PM untuk bermain dengan cucunya, tetapi bila PM mendesaknya masuk, baru ia masuk.
Kerana kawan saya itu ada masalah untuk bergerak Anwar mengambil kerusi dan berbual bertanya khabar di luar rumah.
Walaupun kawan itu minta untuk jumpa 10 minit sahaja, tetapi PM melayannya 21 minit. Mengenang kemuliaan PM itu kawan saya jadi sebak dan terharu kerana mendapat layani istimewa daripada PM.
Itulah Anwar tidak akan mengecewakan sesiapa yang ingin ketemuinya samada ada temu janji atau pun tidak. Beliau tidak reti mengecewakan orang. Trims.