MASA MB KEDAH PI LONDON DULU DIA BAWA BALIK BETAPA DUIT PELABURAN?

 

Izlin Idris.


Bila tengok YB Amirudin update aktiviti dia kat semua media sosial dia.. aku terfikir jugak, waktu Sanusi ke luar negara hari tu, langsung takde update apa² , ke mana dia pergi sebenarnya?


Sebab dia pergi tu guna duit kerajaan negeri, tapi rakyat tak tahu dia gi mana dan buat apa...





Dalam sesi dialog bersama mahasiswa Mesir di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, saya menyentuh beberapa perkara antaranya isu cabaran geopolitik, ekonomi dan masa depan negara. Dalam sesi soal jawab, saya juga mengingatkan mahasiswa Al-Azhar supaya harus merebut peluang dalam bidang ekonomi moden seperti perbankan Islam dan industri halal. Selain peranan tradisional sebagai pendidik, terdapat kerjaya lain yang menanti graduan seperti penasihat syariah dan penyusun silibus pendidikan. Satu peringatan untuk mahasiswa, majikan dan pihak Kerajaan, masa depan graduan di Timur Tengah bukan sahaja dalam bidang agama atau pendidikan, tetapi mereka juga berperanan dalam mencatur ekonomi yang semakin mencabar. Insya-Allah, saya yakin, dengan keupayaan mereka, Malaysia akan dapat memperkasa ekonomi Islam dan memperkukuhkan ekosistem halal. 

#KitaSelangor