PAS AMANA ADA YANG CERDIK. KENA BALUN JA DOK LAM DEWAN. TANYA SOALAN BODO BODO JA.

 

YB Saifuddin Nasution. 


Assalamualaikum dan Salam Jumaat penuh keberkatan. 



Saya kongsikan sebahagian video penggulungan saya di Parlimen semalam mengenai cadangan penggubalan Akta Tahanan Rumah. 


Faktanya ada penjara kita ini sedang mengalami kesesakan, setakat 6 Nov 2024 terdapat seramai 87,229 prospek di bawah Jabatan Penjara Malaysia dan dibahagikan kepada 2 kategori. 


Pertama, yang tinggal di dalam tembok penjara & yang kedua adalah mereka yang kami tempatkan untuk pemulihan komuniti di bawah sistem parol di bawah Akta Penjara & melalui tapisan yang teliti dan mengikut undang-undang. 


Golongan di bawah parol ini terlibat dengan majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka & juga peluang untuk mereka menyesuaikan diri. 


“Success story” kita adalah bagi setiap 800 orang yang berada di luar melalui perintah kehadiran wajib, sistem parol ini….yang mengulangi kesalahan dan masuk balik dalam penjara cuma seorang.


Untuk cadangan tahanan rumah ini, sasaran kita adalah mereka yang di bawah tahanan reman. Siapa yang dalam kategori tahanan reman in? Ini adalah mereka yang dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan menunggu tarikh perbicaraan.


Buat masa ini terdapat seramai 28,000 orang yang berstatus reman dalam penjara yang muatannya adalah 74,000 sahaja.


Akta tahanan rumah ini masih dalam proses penggubalan & akan terbuka untuk perbahasan di Parlimen sebelum ianya dapat dilaksanakan. 


Sama seperti perbahasan di Dewan Rakyat apabila Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2024 mengenai kewarganegaraan diluluskan tempoh hari, akta ini juga boleh dibahas olah Ahli-Ahli Parlimen. Daripada situ kita boleh berbincang & berbahas lebih lanjut.