Lapan langkah untuk mengurangkan gelandangan di Malaysia

 


Statistik rasmi Malaysia mendedahkan bahawa jumlah gelandangan telah meningkat secara ketara berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

Antara tahun 2000 dan 2009, purata gelandangan di seluruh Malaysia yang ditahan oleh pegawai kesejahteraan sosial setiap tahun adalah seramai 1,300 orang.

Namun, dari 2015 ke 2019, jumlah kes orang papa yang ‘diselamatkan’ semasa operasi dalam jangka tersebut adalah seramai 14,863!

Dan sejak pandemik Covid bermula, isu gelandangan kini telah menjadi satu masalah nasional: warga kota yang menjadi gelandangan dianggarkan telah meningkat sebanyak 20-30%. Fakta lain yang juga mengecewakan adalah bilangan gelandangan yang sebenarnya adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Punca-punca utama masalah gelandangan dalam Malaysia adalah tahap sosioekonomi yang teruk bagi sesetengah penduduk serta sistem kebajikan negara yang lemah.

Inilah yang sebenarnya menyebabkan kebanyakan penduduk menjadi gelandangan kerana mereka tidak mempunyai sokongan kewangan yang kuat serta stabil.

Hanyalah reformasi sistem negara dapat menangani punca-punca ini secara berkesan.

Pihak kerajaan mesti mengambil pendekatan holistik melalui kementerian serta jabatan yang relevan untuk menangani punca-punca utama masalah gelandangan ini supaya ia dapat diselesaikan secara berkesan.

Antara langkah-langkah yang pihak kerajaan harus ambil adalah:

1. Sediakan perumahan kos rendah kepada golongan 20% yang termiskin di Malaysia

2. Hentikan amalan pengusiran terpaksa tanpa sekurang-kurangnya penawaran perumahan alternatif

3. Kuatkan jaring keselamatan sosial (social safety net) dan wujudkan suatu skim pencen supaya mereka yang tiada sumber kewangan serta sokongan keluarga yang cukup tidak mudah menjadi gelandangan

4. Beri keutamaan kepada semua rakyat Malaysia di bawah umur persaraan apabila terdapat peluang pekerjaan daripada mengizinkan lebih ramai pekerja asing dengan upah rendah. Dengan cara ini individu termiskin sekurang-kurangnya dapat menjana pendapatan secukupnya untuk menampung hidup mereka

5. Laksanakan suatu skim pencen bagi warga tua yang secukupnya bagi membantu menyokong saraan hidup golongan warga tua serta keluarga mereka daripada segi kewangan

6. Beri pekerjaan yang bersesuaian kepada orang gelandangan yang lebih berupaya supaya mereka dapat peroleh pendapatan untuk menyara diri

7. Tubuhkan jauh lebih banyak pusat jagaan gelandangan yang menawarkan rawatan dan program pemulihan khususnya bagi penagih dadah, contohnya program Desa Bina Diri. Pada masa sekarang, bilangan institut untuk program ini di seluruh negara adalah terlalu kurang

8. Bangunkan sistem pekerja kesihatan masyarakat (community health workers) supaya pekerja tersebut dapat memberikan sokongan emosi dan bimbingan kepada gelandangan dalam pusat jagaan. Mereka dapat membantu individu tersebut memperoleh penjagaan kesihatan yang mereka perlukan, pengangkutan dan makanan khasiat. Kesemua ini dapat menambahbaik kesejahteraan golongan gelandangan tersebut secara keseluruhannya serta menjadikan mereka lebih berdikari dan berkemampuan supaya mereka dapat menyumbang kepada negara

Setiap penduduk di Malaysia tidak patut hidup sebagai gelandangan. Mereka sebagai manusia mempunyai hak asasi dan harus diberikan sokongan kewangan yang secukupnya untuk menyara hidup masing-masing.

Tetapi, hanyalah pendekatan holistik yang menangani punca-punca utama masalah gelandangan dapat memberikan penyelesaian berkesan.

Oleh itu, sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, kerajaan Malaysia harus mengambil langkah-langkah holistik seperti di atas supaya masalah gelandangan dalam negara kita dapat diselesaikan secara berkesan.

Raveen Jeyakumar, seorang sukarelawan Aliran yang berumur 29 dan bermastautin di Ipoh, berminat dengan isu sosial dan alam sekitar

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.


AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.      Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.    Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.    Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.    Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.     Lawan rasuah dan kronisme