Jamzuri Ardani
Isu ni mudah sahaja nak faham. Jika kerajaan menetapkan secara undang-undang bahawa nasi lemak tidak boleh dijual dengan harga melebihi RM1.00 sebungkus maka rakyat Malaysia tidak akan dapat lagi menikmati lemak.
Peniaga yang sebelum ini jual nasi lemak akan mula jual nasi dagang, nasi kerabu, dan pelbagai nasi lain. Tetapi tidak nasi lemak. Nasi lemak akan hilang terus dari pasaran.
Begitu juga halnya dengan beras tempatan. Oleh kerana kerajaan sejak 20 tahun lepas telah menetapkan harga beras tempatan tidak boleh dijual melebihi harga RM2.60 sekilo, maka apabila ianya sudah tidak lagi ekonomikal, beras tempatan hilang dari pasaran.
Sama halnya dengan cerita nasi lemak seringgit tadi.
Mengekalkan harga beras tempatan dengan kadar sekarang adalah satu kebodohan yang bakal membunuh industri padi dan beras tempatan.