PMX DAN MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGARA

 

Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 7 Tahun 2024 dan telah meneliti kertas pembentangan melibatkan penambahbaikan tatacara penilaian dan pelaksanaan perbelanjaan pembangunan (DE) bagi mendapatkan nilai terbaik kepada Kerajaan.




Transfomasi perkhidmatan awam perlu mencakupi kecekapan perancangan pembangunan terutamanya mencari pendekatan baharu terkait isu kelewatan pelaksanaan projek. 


Sehubungan itu, perlunya ada penerokaan kaedah pelaksanaan projek yang baharu berbanding kaedah konvensional selari dengan isu-isu, perubahan teknologi dan matlamat negara. 


Selain itu, satu inventori khusus perlu dibangunkan bagi mengenal pasti bangunan kosong di seluruh negara untuk membolehkan kerajaan mengoptimumkan penggunaan bangunan sedia ada dan mengurangkan pembinaan kompleks baharu pejabat Kerajaan.


#MalaysiaMADANI