YADIM PAHANG BERGERAK AKTIF.

 


PROGRAM Dakwah Negara terus disemarakkan oleh YADIM Negeri Pahang untuk memastikan masyarakat sentiasa dididik dengan ilmu yang sahih.






Untuk memberikan kefahaman ini kepada masyarakat maka pada 15 Oktober, bertempat di Masjid Al Uthmaniah, Kampung Baharu, Jerantut telah diadakan satu kuliah perdana anjuran bersama YADIM Negeri Pahang dan pihak masjid.


Kuliah maghrib yang membawa tajuk 'Manusia Terbaik Di Sisi Allah Dan Rasul' telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Alwi Muda.  Kuliah Maghrib ini juga telah dirakam untuk siaran oleh RTM Pahang.


Dalam majlis ini juga diadakan sumbangan Bakul Madani kepada 20 orang asnaf yang telah disampaikan oleh Ustaz Alwi.


Turut serta sepanjang kuliah ini ialah Ketua Kampung Baharu Encik Mohamed Said, Pengerusi Masjid Al Uthmaniah, Encik Mohd Suhaimi Ismail, pegawai teknikal RTM Pahang Encik Sukri Suratman dan krew beliau serta kaki tangan YADIM Pahang.


***


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan


InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani

#PDN2024