𝗦𝗘𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗙𝗜𝗦𝗜𝗧, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗜𝗧𝗨 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛

 

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗙𝗜𝗦𝗜𝗧, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗜𝗧𝗨 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛


✍️  Ahmad Mursi 


1.  Bila kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan (defisit), hutang akan bertambah. Ini dah berlaku selama 26 tahun.


2.  Ibaratnya, gaji ayah RM5,000, tapi belanja keluarga RM5,500. Setiap bulan perlu tambah hutang RM500 atau tambah pendapatan. Nak bagi mudah faham je. Kewangan negara lebih rumit.


3.  Kali terakhir belanjawan surplus adalah semasa DS Anwar jadi Menteri Kewangan (1993-1997). Pendapatan lebih dari belanja.


4.  Apa Madani buat? Turunkan defisit sedikit demi sedikit. 2022 Dari 5.8% dari KDNK (RM99.5bil), 2023 turun 5% (RM91.4bil), 2024 diunjurkan 4.3% (RM85.4bil), 2025 disasarkan 3% ke 3.5%. Selain usaha meningkatkan KDNK untuk tambah hasil.


5.  Usaha kecilkan defisit ini antara sebab pelabur makin yakin, pengukuhan ringgit, peningkatan di Bursa, serta kenaikan penarafan kredit antarabangsa (Fitch, JP Morgan,) dan analisis positif dari firma kewangan (Nomura) yang kita tengok kebelakangan ini.


6.  Turun defisit mendadak bahaya pula untuk ekonomi, pekerjaan dan kesejahteraan rakyat. Hutang yang matang tetap perlu dibayar, perbelanjaan penting tak boleh dipotong secara drastik, hasil semasa tak cukup dan perlu ditambah.


7.  Pembangkang kata, stop la tambah hutang RM93bil tu. Saya tanya, nak potong belanja mana RM93bil tu? subsidi? pembangunan? Defisit kita pun sekitar jumlah tu.


8.  Jika pengurusan Madani cekap dan dapat lawan ketirisan dan rasuah, mungkin kita akan melihat belanjawan surplus semula selepas 30 tahun.


9.  Bolehlah kurangkan hutang sedia ada yang dah capai RM1.173 trillion tu dan beban faedah. Hutang 1MDB pun kena bayar, sukuk matang tahun 2039.


10.  Usaha Madani dalam pengurusan kewangan kerajaan yang berhemah akan menarik lebih banyak pelaburan dan mengukuhkan ekonomi.


11.  Bila penarafan kredit kita semakin baik, kos hutang kita untuk pembangunan lebih murah sebab dianggap kurang berisiko.


12.  Generasi anak2 dan cucu kita pula tak perlu tanggung beban hutang yang diguna untuk kita bersenang lenang. Yang lebih penting, lebihan pendapatan boleh labur lebih banyak untuk pendidikan, infra, kesihatan dll.