MINTA NAJIB JELASKAN JUGA ISU RM90 JUTA.

 

Tuan Hass


Harap  minta Najib juga buat pengakuan mengenai RM90 juta (atau sebenarnya lebih) yang diberi kepada pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini.


Kes RM90 juta ni tiba-tiba senyap selepas PAS jadi kerajaan. Mungkin sudah NFA atas arahan PN ketika itu.


Bila dah jadi NFA, segala bukti yang sedia ada sudah tidak boleh digunakan, melainkan ada bukti baru.


Harap pengakuan Najib dapat jadi bukti baru untuk pihak SPRM hari ini membuka semula kes RM90 juta tu.


Jika throwback semula kes saman Sarawak Report di London pada tahun 2017, dan merujuk kepada dokumen Counter-claim oleh Peguam Sarawak Report, telah disebut beberapa nama pemimpin PAS yang menerima duit dari Najib:


1. Nasharudin Mat Isa.

- menerima RM200 juta sejak 2014

- BMW 525 (RM388,000)

- Mini (230,000)

- Toyota Vellfire (290,000)

- Toyota Camry (150,000)

- Toyota Fortuner (200,000)

- Membeli rumah di Bangi secara tunai yang berharga RM3,000,000


2. Nik Amar (TMB Kelantan @ Naib Presiden PAS)

- Range Rover

- Audi 6

- Toyota Vellfire 

- Toyota Altis 

- dan turut membeli beberapa buah rumah untuk ahli keluarganya.


3. Hashim Jasin (Murshidul AM PAS)

- membeli kereta Porsche Cayman 


4. Khairudin Takiri (AJK PAS Pusat)

- membeli kereta AUdi Q7 yang berharga RM500,000 sebahagi hadiah untuk isteri keduanya.


5. Nasruddin Tantawi (Ketua Penerangan PAS Pusat)

- membeli Toyota Vellfire yang bernilai RM300,000 


6. Nik Zawawi (SU Majlis Syura PAS)

- membeli sebuah Mercedes bernombor plat PAS 9 dengan harga RM100,000


7. SU Agong PAS 

- membeli beberapa kereta mewah dan motosikal (tidak dinyatakan)

- antara yang dibeli ialah Volkswagen Passat (RM160,000) dengan no. plate TAK 11 (nombor pendaftaran ini bernilai RM110,000)


8. Muhammad Khalil (Ketua Pemuda PAS Pusat)

- membeli sebuah motorsikal berjenama BMW (harga tidak dinyatakan)


9. Mokhtar Senik (AJK PAS Pusat / Ketua Dewan Ulama PAS Pahang)

- membeli Mercedes dan Toyota (harga tidak dinyatakan)


10. Nik Abduh (anak kepada Nik Aziz)

- tidak dinyatakan apa-apa pembelian 


11. Ahmad Shamsuri Mokhtar (SU Politik Hadi Awang)

- tidak dinyatakan apa-apa pembelian.


========


Apa yang menarik, 


1) selepas dokumen Counter-claim ni di bawa ke Mahkamah London, terus Presiden PAS tarik balik saman.


2) selepas PAS jadi kerajaan, terus 16 kes rasuah Nasharudin Mat Isa digugurkan.


Kesimpulan.

Harap Bossku Najib come clean pasal kes "RM90 juta" ni once and for all.


:)