BERSATU PERTAHANKAN GISBH AJARAN SESAT? AKMAL PERTAHANKAN PARTI PAS? DAN...


Pemuda Umno hari ini membidas kerajaan khususnya Pakatan Harapan (PH) berhubung isu hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dalam kenyataan di Facebook berkata, sejak zaman BN memerintah lagi kerajaan telah memaklumkan bahawa hutang pinjaman berkenaan tidak boleh dimansuhkan. Namun, katanya, perdana menteri ketika itu Najib Razak dimaki dan dihina. "Kita dah cakap lama dah sejak dari zaman BN kerajaan dulu. "Tapi tak nak percaya, malah kutuk lagi kerajaan ketika itu dan berbakul Najib dimaki dan dihina," katanya merujuk laporan media bahawa kerajaan tidak dapat menghapuskan hutang PTPTN kerana kekangan yang besar.