JANGAN IKUT IBLIS POLITIK

 

Terkini.

USTAZAH MASYALLAH TABARAKALLAH DAH DIPANGGIL POLIS?


Khabarnya ustazah MasyaAllah Tabarokah yang membuat hebuh di Tumpat Kelantan telah pun dipanggil polis. Tampaknya polis tidak menunggu lama untuk bertindak. Baguslah. 


"Kekecuhan" membabitkan ustazah MasyaAllah Tabarakallah itu, sebenarnya bukan sahaja perlu diperhatikan oleh pihak polis kerana mulut dan kata-kata lasernya. Sebaliknya pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) juga perlu memberi perhatian sama memandangkan leser yang dipancarkan ustazah MasyaAllah Tabarakallah itu dibuat dalam masjid, dan ia sepanas haba pelakar. 


Masjid yang dibawah seliaan dan tanggungjawab Maik tidak patut dilacurkan demikian rupa. Kita tidak marah kalau ustazah MasyaAllah Tabarakallah hendak berkempen, mempertahankan kerajaan Pas Kelantan atau apa, tetapi jangan dilakukan dalam masjid. Tahulah jaga adab pekerti sikit, bukankah orang Kelantan terkenal dengan kesantunan selain keayuan wajahnya. 


Maik pula perlu bertindak tegas dan bersikap adil, jangan mentang-mentang penceramah diberikan tauliah sampai mereka dapat berbuat sesuatu yang mengejikan. Apa lagi kalau ustaz itu tiada tauliah, ambil tindakan terus. 


Dalam pada itu, kerana kebanyakan penceramah yang gunakan madjid atau surau kebanyakan yang bergabung dalam unit halaqah dibentuk oleh sebuah parti politik, maka elok juga kalau mereka diberi penerangan dan panduan dalam mengeluarkan kata-kata ataupun beri pencerahan politik. Mereka perlu tahu mana yang boleh mana yang dilarang.


Dalam hal ini pihak polis mungkin boleh memberi pencerahan dan panduan mana-mana isu yang tidak boleh diecer sesedap hati, atau mana yang menyentuh 3R ataupun mencemarkan kesucian agama dan rumah ibadat, demi memastikan perbuatan seperti dilakukan ustazah MasyaAllah Tabarakallah itu tidak berulang lagi.


Sama-samalah kita menjaga kesucian agama dan jaga adat sopan demi kehormonian. Janganlah terlalu terpesona sehingga tertipu oleh para iblis politik. Trims.