HADI AWANG JUMPA SULTAN MANA?

 RMS


Menanti Istana Selangor naikkan gambar hadi Awang jumpa Sultan Selangor.. takan takde...sedangkan dia 'gagahkan' diri berjumpa Sultan Sultan'



9 Oktober 2024 ~ 


DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, YB Dr. Mohammad Fahmi Ngah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Turut menghadap, Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YB Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin.

Pada pertemuan ini, Baginda berkenan menitahkan agar satu jawatankuasa dibentuk bagi menghasilkan kertas kerja terperinci untuk mengenalpasti kaedah terbaik memulihkan kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) yang berjumlah lebih 600 orang.

Baginda mahu perkara ini dikendalikan dengan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana membabitkan masa depan kanak-kanak yang terlibat.

Jawatankuasa ini kelak akan melapor terus kepada DYMM Tuanku Sultan serta bertanggungjawab memulihkan kanak-kanak ini, seterusnya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat dalam tempoh yang ditetapkan.