[panas] AMK BALUN KAW KAW PEMIMPIN BERSATU PERTAHAN KEBIADAPAN ABAHCOW!


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor melihat usaha memainkan isu pendakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional PN), Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan sebagai bermotif politik sesuatu yang tidak wajar. Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq berkata dakwaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham baru baru ini yang cuba memainkan sentimen politik terkait isu Muhyiddin sebagai propaganda meraih simpati rakyat. Katanya, ADN Bersatu itu seharusnya sedar kuasa Yang di-Dipertuan Agong ke-16 dalam melantik Perdana Menteri ke-10 tidak boleh dipertikaikan sama sekali dan hal itu menyentuh isu 3R (agama, kaum, raja). "Apatah lagi sebagai parti pejuang Melayu, Bersatu seharusnya faham peranan Raja-Raja Melayu tidak seharusnya dipertikaikan mahupun diremehkan sedemikian rupa," katanya dalam satu kenyataan. Untuk rekod, Muhyiddin telah didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Gua Musang atas kenyataan beliau semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri yang dikatakan menyentuh kebijaksanaan dan kuasa Agong dalam melantik Perdana Menteri. Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut selain reaksi pimpinan Bersatu yang menyifatkan pendakwaan berkenaan sebagai zalim. Jelas Iman, pemimpin Bersatu seharusnya senada dengan pendirian Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyokong agar siasatan penuh dijalankan ke atas Pengerusi PN itu. "Mudah-mudahan pendakwaan Akta Hasutan kali pertama ke atas bekas Perdana Menteri dijadikan ikhtibar kepada semua pihak untuk tidak sesuka hati mengheret institusi Raja-Raja Melayu ke kancah mainan politik demi meraih sokongan "Selain itu, saya menyeru Prinsip Rukun Negara, ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’ ditaati dan dihadami oleh semua pihak sebagai tiang seri perpaduan negara," ujarnya lagi.