Zainuddin Omar
Sian pulak saya tengok Sanusi ni. Agaknya dah habis usaha untuk tambah pendapatan negeri.
Pendapatan rare earth yang dulu kata trillion-trillion mana pergi?
*********
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan pihaknya akan membawa isu tuntutan caj air mentah kepada Pulau Pinang ke mahkamah untuk diputuskan.
Hal itu kerana, Kedah menanggung kerugian yang besar sejak sekian lama dan Pulau Pinang sendiri mencadangkan agar ia dirujuk ke mahkamah.
“Pulau Pinang yang suruh kalau nak minta bayaran, kena bawa ke mahkamah. Jadi kita (Kedah) akan buat.
"Dia (kerajaan Pulau Pinang) yang suruh, bukan saya nak ambil tindakan,” katanya pada sidang media sempena Sidang Kemuncak S4G di Bangi, Selangor, hari ini.
Ditanya nilai kerugian yang ditanggung oleh Kedah ekoran bekalan air ke negeri jirannya itu, Sanusi berkata: “Kedah rugi sejak Tuhan buat dunia ini lagi, tak tahulah berapa.”
ADS
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mohktar, Menteri Besar Kelantan Mohd Nasurruddin Daud dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.
Sanusi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berhubung isu bayaran caj air mentah kepada Kedah yang berlarutan sejak 2010.
Chow sebelum ini dilaporkan berkata, jika kerajaan Kedah serius terhadap tuntutan tersebut mereka seharusnya memulakan tuntutan melalui mahkamah supaya perkara itu dapat diputuskan mengikut undang-undang.
ADS
"Saya telah memberikan pendirian banyak kali atas isu yang sama dan selalunya saya minta (kerajaan) negeri Kedah sekiranya serius sepatutnya mulakan tuntutan melalui mahkamah supaya mahkamah dapat memutuskan perkara ini.
"Sebab memang jelas dari segi undang-undang perkara ini, kita mengambil air dari sempadan kita," katanya dipetika laporan Harian Metro pada Selasa lalu.
Menurut Sanusi, melalui proses mahkamah yang dimulakan itu, Kedah akan membuat tuntutan berjumlah RM50 juta setahun daripada Pulau Pinang.
“Kita akan tuntut RM50 juta setahun,” katanya.