26 TAHUN LEPAS DI KEDIAMAN RASMI TPM


MSO


Foto Lama.




Datuk Sri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ucapan menjelas dan menerangkan tindakan pemecatan dan penyingkirannya dari kerajaan dan parti pada 2.September 1998.


Ribuan penyokong yang datang memberi semangat dan sokongan kepadanya, sebahagian masih kekal bersamanya hingga ke hari ini, manakala sebahagian yang lain telah meninggalkan kerana berbagai alasan, ada yang tidak sabar dan tahan menanggung tribulasi perjuangan. 


Segelintirnya juga telah kembali ke Rahmatullah tanpa sempat menyaksikan tokoh idola mereka menjadi perdana menteri. 

Dimanakah anda mencelah dan berada diwaktu ketika ini?


Merenungi gambar ini ia boleh memarakkan api perjuangan, api Reformasi yang menjadi dupa keramat buat rakyat. Trims.