KAJIAN PERLAKSANAAN GAJI PROGRESIF.



 Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) kini sedang berjalan pada peringkat projek rintis yang menyasarkan penglibatan 1000 syarikat.



Setakat ini, 908 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah berdaftar di laman web DGP dan kita telah menerima permohonan daripada 398 syarikat daripada pelbagai sektor. Kementerian dan pihak-pihak terbabit akan turut mengambil tindakan susulan dan membantu syarikat-syarikat yang telah mendaftarkan minat untuk menyertai projek rintis DGP.


Semenjak Kertas Putih DGP dibentangkan pada Parlimen dan diluluskan pada November 2023, Kementerian Ekonomi bersama-sama Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan pelbagai sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh sebagai persediaan untuk menggerakkan projek rintis ini.


Untuk projek rintis ini, Kerajaan Madani telah menyediakan RM50 juta bagi tujuan pelaksanaan dengan turut melibatkan pembayaran insentif kepada 1000 majikan. Untuk majikan yang menyertai program DGP, bayaran insentif kepada majikan dijangka akan bermula sekitar Oktober tahun ini.


Dasar Gaji Progresif bukan sekadar akan dilaksanakan tetapi telah pun berjalan. Ini adalah usaha dalam komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mereformasikan pasaran buruh negara dan juga membetulkan herotan gaji dalam pasaran buruh selari dengan peningkatan produtiviti.


Kementerian Ekonomi akan menganjurkan Townhall Dasar Gaji Progresif pada 6 Ogos 2024 pada jam 2:30 petang. Sesi ini bertujuan untuk melibatkan pihak pemegang taruh, khususnya dari PMKS, untuk mendalami pemahaman mereka tentang dasar dan projek rintis DGP. 


Untuk mendaftarkan kehadiran, boleh klik pautan ini: https://www.gajiprogresif.gov.my/townhall/



No comments: