Mahkamah Persekutuan pada Rabu membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas berpendapat permohonan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari memenuhi syarat bagi memulakan semakan kehakiman.
"Pada peringkat ini, kami tidak akan menjawab persoalan undang-undang yang dibangkitkan dan pihak berkaitan boleh membawanya ke Mahkamah Tinggi," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews