Al Fatihah dan terima kasih buat pelukis komik lagenda Malaysia, Rizalman.

 

Zunar




Al Fatihah dan terima kasih buat pelukis komik lagenda Malaysia, Rizalman.




Pelukis dan pengusaha komik, Rizalman atau nama sebenarnya Mohamad Razali Osman menghembuskan nafas terakhir hari ini (28 Jun 2024). Jasa beliau dalam lukisan dan perusahaan komik di Malaysia sangat besar. Ketika industri komik masih di peringkat awal di tahun 70'an, beliau sudah menerbitkan komik yang popular dan berjaya seperti Bujal, Salina dan Bambino.



 Selainn itu, beliau banyak juga menghasilkan komik bercorak masyarakat dan penyiasatan. Beliau juga turut menyumbangkan komik kepada Utusan Pelajar dalam 1970an, akhbar-akhbar utama termasuk Mingguan Malaysia. Walau tidak pernah bertemu secara bersemuka,

saya mengucapkan setinggi2 terima kasih kepada Almarhum kerana majalah Bambino adalah majalah pertama yang menerbitkan kartun pertama saya, masa di bangku sekolah. Dan seterusnya majalah Bujal, melalui ruangan AGEBU (Aku Geng Bujal). Alfatihah dan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat. Takziah kepada seisi keluarga.




No comments: