Pembangkang fitnah kerajaan jual hak Malaysia dalam MAHB kepada pelabur asing. Kalau dijual hak Malaysia, tentulah share kerajaan makin kurang.
Ini makin bertambah banyak! Dari 41% jadi 70% melalui KWSP dan Khazanah. Pembangkang tak pandai mengira ke?
Ketika ini 32% saham dipegang pelabur lokal. Pelabur luar memang dah pegang 27% dan pernah capai sehingga 45% tahun 2018. Tak bising pula ‘pintu masuk negara’ dipegang pelabur luar?.
Selama ini, dengan 41% bukan kerajaan kawal sepenuhnya MAHB pun, tapi selepas ini, MAHB akan balik semula kepada kawalan kerajaan dengan 70% pegangan.
Sejak 2012, KWSP dah ada kerjasama dengan GIP. Bahkan KWSP juga ada kepentingan dalam airport Gatwick dan Sydney.
KWSP dah lama berunding dengan GIP untuk kerjasama ini dan rundingan dah selesai. Kerajaan tak pernah berunding dengan Blackrock pun selama ini. (GIP – Global Infrastructure Partner).
Hanya tahun ini tiba-tiba Blackrock kata berminat nak beli saham GIP. Itu pun belum diputuskan.
Pelaburan GIP dalam MAHB ini kecil je hanya 5% dari keseluruhan portfolionya USD112 bilion seluruh dunia sebagai pengurus infrasturuktur terkemuka. Kepakaran itu yang nak dibawa masuk selain nak suntik dana.
PMX kata modal yang akan masuk RM10 bilion jika kerjasama dengan GIP ini dibuat. Boleh guna untuk majukan perniagaan MAHB dan bangunkan lapangan kapal terbang. Tak perlu kerajaan berhutang dan dana negara boleh diguna ke tempat lain.
GIP dan Lembaga Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan beli dari 27% saham yang memang kini dipegang pelabur luar dan akan jadi 30%. Jadi tuduhan pembangkang itu fitnah.
MAHB hanya pengurus lapangan terbang. Lapangan itu kekal hak milik kerajaan. Sama seperti lapangan kapal terbang Sabiha Gökçen Istanbul yang MAHB urus, lapangan itu masih kekal milik kerajaan Turkiye.
Tawaran dibuka pada banyak pihak. Dari 145 syarikat yang layak hanya 5. Tapi yang setuju dengan syarat kerajaan hanya GIP. Iaitu syaratnya, CEO dan Pengerusi serta saham majoriti kita yang pegang. Tak banyak yang sanggup.
Masa tebuk atap tahun 2021, KWSP berunding terus dengan Blackrock. USD600 juta dana patuh syariah terbesar dalam sejarah diserah kepada Blackrock untuk diuruskan. 10 hari sebelum itu, Gaza diserang. Halal pula? Mana semua walaun?
Kerajaan Madani paling tegas halau Syarikat Israel. Kapal yang masuk zaman tebuk atap pun dihalang zaman Madani.
Tapi kalau syarikat besar yang Pro-Israel nak dihalau, bukan Blackrock je, APPLE, Google, Microsoft, NVIDIA, Intel, Facebook yang kuasai Whatsapp dan Instagram semua lah kena halau keluar.
Pembangkang dah terpedaya dengan propaganda zi0rnih yang kata gen0sid di Palestin ini baru je bermula, walhal dah 75 tahun gen0sid ni berlaku.
==================================================================================
Cerita ‘rekaan’ Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ceramahnya di Sungai Bakap baru-baru ini, terus menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia.
Ia ekoran ucapan beliau yang mendakwa terlihat seorang pakcik sedang mengheret motosikal kerana minyak habis, dan dikaitkannya dengan penyasaran subsidi diesel.
Perkara tersebut mengundang rasa hairan dalam kalangan pengguna media sosial yang tertanya motosikal apa yang digunakan pakcik itu sehingga perlu mengisi minyak diesel.
Lantas itu juga, satu akaun TikTok tular selepas memuat naik sketsa pendek yang menyindir pemimpin Pas tersebut dengan melakonkan kembali gelagat seorang lelaki mengheret motosikal di tepi jalan.
Kata lelaki itu, disebabkan kerajaan zalim, isi minyak RM5 pun tidak cukup untuk sampai ke rumah.
Apabila ditanya minyak apa yang diisi, dijawabnya minyak diesel.
Walaupun video itu tidak menyebut nama Tuan Ibrahim, namun rata-rata pengguna TikTok terhibur dan memahami ia ditujukan kepada siapa.
“Hang perli Tuan Ibrahim ka,” komen seorang individu beserta emoji gelak.
“Terbaik saudara. Terhibur. Minta izin simpan. Kita nak pos di kumpulan WhatsApp kampung,” kata alias.