[terkini] SAH PAPAGOMO DICEKUP POLIS! MB PERLIS DITAHAN SPRM! BENARKAH?



Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan penahanan penulis blog kontroversi Papagomo kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Razarudin berkata Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, ditahan di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur, sekitar tengah hari ini. “Ya, boleh (sahkan),” kata Razarudin kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas hantaran media sosial yang memaparkan video pendek dua anggota polis menahan Papagomo. Dia berkata Papagomo akan dibawa ke balai polis daerah Dang Wangi untuk siasatan dan akan direman mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. ======================================================================= Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini. Menurut sumber dia ditahan di ibu pejabat agensi antirasuah itu selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya. Difahamkan Mohd Shukri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah guna kuasa. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan Mohd Shukri kini berada di ibu pejabat agensi berkenaan. “Saya boleh sahkan dia (Mohd Shukri) dipanggil oleh SPRM. “Ketika ini dia ada di ibu pejabat kami dan sedang memberi keterangan kepada pegawai SPRM berhubung beberapa dakwaan berkaitan dia dan anak lelakinya,” kata Azam kepada Malaysiakini. Tambah Azam, Mohd Shukri disiasat mengikut Seksyen 53(3) Akta SPRM. Apabila ditanya sama ada Pesuruhjaya PAS Perlis itu ditahan, Azam berkarta, pihaknya tidak menolak kemungkinan tangkapan akan dibuat.



No comments: