[penyamar] KONON SOKONG DS ANWAR !RUPANYA GENG PAS & BERSATU!



Ketika memulakan kempennya pada Jumaat lalu, calon PH Png Sock Tou dan pasukan kempennya didekati oleh seorang lelaki yang menyuarakan rasa kecewa tentang isu seperti kos sara hidup. Walaupun lelaki itu pada mulanya mendakwa dirinya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, satu video yang tersebar di media sosial malam tadi menunjukkan dia muncul di program kempen PN. Menurut video yang dimuat naik di akaun media sosial @AmenoWorld, lelaki itu memegang bendera PN sambil memberikan ucapan. Ketika itu, dia turut dikelilingi pasukan kempen PN. Dalam video itu, dia antara lain mengkritik Anwar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. "Bukan PAS yang beri saya duit (untuk) bercakap, bukan juga PN. Saya sendiri yang (ingin) bercakap. Saya sudah tengok satu Malaysia, rakyat Cina, Melayu dan India susah," katanya.



No comments: