ANTARA PEMBANGANG DAN PEMBANGKANG, SIAPA LEBIH EGO??


Che Ibrahim


Semasa DSAI memimpin ABIM, ramai pemimpin Pas termasuk arwah ust Fadhil Nor dan Haji Hadi bersama Anwar dalam ABIM. 


Apabila Anwar memilih untuk masuk UMNO/BN, Pas mula menyerang Anwar kononnya terjun jamban tahi untuk cuci tahi. 


Apabila Anwar dipecat dari UMNO, Pas antara parti pertama yang sokong dan pertahankan Anwar. 


Apabila pembangkang membentuk pakatan baru atas nama Barisan Alternatif, Pas dengan suci hati menerima Anwar untuk mengetuai gerakan menentang BN. 


Apabila rakyat mula menolak BN dan menyokong pembangkang (PKR, Dap, Pas), Pas tanpa ragu ragu bersama Anwar dan Dap membentuk Pakatan Rakyat Dan melantik Anwar sebagai Ketua Pembangkang. 


Apabila Anwar dipenjara, Pas tidak menuntut untuk menjadi ketua pakatan pembangkang, sebaliknya bersetuju melantik Wan Azizah sebagai Ketua kerana menghormati kepimpinan Anwar. 


Arwah Ust Fadhil, arwah Tok Guru Nik Aziz, Arwah Ust Yahya Othman, Arwah Ust Azizan Razak, arwah Ust Haron Din antara pimpinan tinggi Pas yang amat mengkagumi Anwar.


Anehnya apabila Anwar jadi PMX, Pas membenci Anwar melebihi kebenciannya kepada Mahathir sebelum ini. Mengapa??... Adakah kerana Pas sebagai pembangkang atau politik bangang telah menguasai Pas??



No comments: